Pages

Selasa, 05 April 2011

Gelombang

Gelombang ialah satu gangguan yang membawa tenaga melalui medium.
"Gelombang melintang" ialah gelombang yang menyebabkan zarah-zarah medium bergetar berserenjang dengan arah gerakan gelombang.
"Gelombang membujur" pula menyebabkan getaran zarah-zarah medium selari dengan arah gerakan gelombang
  • Amplitud,A\, ialah jarak maksimum/minimum dari keseimbangan;
  • Tempoh,T\, ialah masa yang diperlukan untuk satu kitaran lengkap;
  • Panjang gelombang, \lambda\, ialah jarak diantara puncak atau lurah gelombang; dan
  • Laju gelombang pula ialah hasil darab frekuensi dan panjang gelombang.
 v = \lambda f \,
Nombor gelombang, k\, pula:
 k = \frac{2\pi}{\lambda}\,
Frekuensi,f\, (dalam hertz) ialah tempoh per unit masa:
 f = \frac{1}{T} \,
dan frekuensi sudutnya ialah:
 \omega = 2 \pi f = vk\,
Persamaan gelombang bentuk sinus bergerak ke arah positif x dalam paksi xy ialah:
 y(x,t) = A cos[\omega(\frac{x}{v} - t)] = A cos [2\pi f (\frac{x}{v}-t)]
               = A cos [2\pi(\frac{x}{\lambda}-\frac{t}{T})] = A cos (kx - \omega t) \,
Manakala bagi gerakan gelombang ke arah negatif x ialah:
 y(x,t) = A cos[\omega(\frac{x}{v} + t)] = A cos [2\pi f (\frac{x}{v}+t)]
               = A cos [2\pi(\frac{x}{\lambda}+\frac{t}{T})] = A cos (kx + \omega t) \,
Halaju dan Pecutan Zarah bagi Gelombang Bentuk Sinus
Halaju zarah-zarah (Bukan Laju Gelombang)dalam gelombang bentuk sinus ialah:
 \vec{v_y} = \frac{\delta y(x,t)}{\delta t} = \omega A sin(kx - \omega t) \,
manakala pecutannya ialah:
 \vec{a_y} = \frac{\delta(x,t)}{\delta t} = -\omega^2 A cos(kx - \omega t) = -\omega^2 y(x,t) \,

Persamaan gelombang  

Persamaan gelombang ialah persamaan pembezaan yang menyentuh sifat-sifat fizikal gelombang yang melalui suatu medium. Kerana tidak semua gelombang berbentuk sinus, maka persamaan am gelombang ialah:

 \frac{\delta^2y(x,t)}{\delta x^2} = \frac{1}{v^2}\frac{\delta^2y(x,t)}{\delta t^2} \,

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gelombang
Modifikasi : Sri Mulyanti

Tidak ada komentar:

Posting Komentar